06 Oktober 2010
05 Oktober 2010
Hidup takkan bermakna tanpa gelak tawa..
Hidup takkan bererti tanpa dinikmati..
Saudaraku,hidup hanya sekali !!
Bergembiralah engkau sepuas hati !!
Kerana bila esok hari tua menerpa,
Pasti tidak berdaya mengharungi usia.."
Suara itu seakan merasuk qalbi..
TETAPI. . .
Bagaimana mungkin aku mampu tertawa?
Tika teringat dosa yang menimbun,
Sedang pahala tiada terhimpun,
Bagaimana mungkin aku mampu terlupa?
Pada azab yang tersedia di neraka?
Pada hari pembalasan yang pasti tiba?
Sedang diri tiada sedia..
Bagaimana mungkin aku mampu terleka?
Bergelak tawa sedang kubur makin hampir..
Berbahagia sedang diri akan tersingkir ..
Tergelincir dari dunia..
Tersungkur meniti akhirat..
Tercicir mengejar redhaNya
Cukuplah gelak tawa semalam meninggalkan noda..
Noda yang menjadi nakhoda bahtera dunia..
Tatkala dipukul ombak,nyaris maut ditelan ombak..
Mendambakan bahagia seluas langit angkasa..
Tapi kabur dibawa kabus sedang arah terpesong entah kemana..
Menguasai layar dunia tapi angin akhirat sentiasa memberi ingat.
Lemahnya diri menggadaikan iman demi dunia fana..
Jahilnya diri mempertaruhkan iman pada harta,
Lalu,
Berikan aku jawapan..
Bagaimana mungkin aku tertawa kerna dunia?
Dunia yang menjual leka dan kepuraan,
Dibeli dengan dosa yang berkuponkan neraka.
Walhal,
Tangisan jua yang menyedarkan..
Tangisan jua yang membangunkan...
Munajat hamba ke jalan yang Hasanah..
Lantas aku berterusan menangis,
Gelisah iman yang nipis ini terhakis..
Takut akan RedhaNya menghiris..
Risau syahadah yang tak tersebut
di hujung nafas maut..
"Ah,usiamu terlalu muda untuk bertaqwa!
Langkahmu masih jauh wahai anak muda,
Ayuh sementara masih ada masa,
Masih bertenaga dan berupaya..
Kita langgar saja batasan dan syariah yang ada..
Esok bila jasad dimamah usia..
Duduklah menghabiskan masa di tikar sejadah,
Allah kan Maha pengampun Maha Pemurah,
Pasti dia menerima amal dan ibadah.
Barulah hidup namanya!"
Suara ketiga terus memujuk rayu..
Tahukah kau apa sebenarnya CINTA?
Tahukah kau apa sebenarnya RINDU?
Andai kau tahu,
Pasti bibirmu tak henti bertasbih,
Mensyukuri setiap detik nadi yang diberi..
Andai kau tahu,
Pasti jasadmu teguh pada sujud
dan bangun pada tahajud,
Andai kau tahu,
Pasti kering airmatamu menangisi
Limpahan kasih melalui kurniaan rezeki..
Di setiap penghujung s0lat dhuha..
Andai saja kau mengerti..
Pasti musibah menjadi bahagia..
Pasti sakit itu yang kau damba..
Pasti dahimu tak terangkat dari sejadah..
Pasti tangan mu lama menadah..
Mem0h0n Allah terus memberi hidayah..
Cinta yang didamba itulah Pemandu..
Cinta itulah yang menguatkan jiwa khalifah agar setia pada pencipta,
Cinta itulah yang merelakan hati berkorban tanpa balasan..
Cinta itulah yang akur pada ketetapan dan jujur pada perbuatan,
Cinta itu tetap mempesonakan walau dirempuh berjuta dugaan..
Rindu yang menerpa itu Pengajar..
Rindu itulah yang membasahimu dengan tangisan syukur,
Rindu itulah yang meneguhkan janji yang bersimpul,
Rindu itulah yang sentiasa menguji cinta khalifah pada penciptaNya..
Rindu itu tetap menggetarkan hati yang menyintaiNya..
Rindu itulah yang akan terus memuji walau disakiti..
Pada,
Masa yang sentiasa meninggalkan kita jauh.
Umur yang semakin bertambah mendekati langkah..
D0sa yang sentiasa mahu mengekori..
Amal yang masih terumbang-ambing di jalanan..
Iman yang sentiasa diuji ke mana arahnya..
Apakah yang lebih manis melainkan syurga ciptaanNya?
Sedang dunia yang hina lagi dipuja..
Apakah yang lebih seksa dari Azab Neraka?
Sedang hati masih 'wahan' terleka..
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..
di petik dr karya kreatif website iluvislam.com.

salam ukhuwah..
salam kpd semua... thanks sudi jengah blog aku ni.act aku masih baru lagi dalam berblogging ni.so,mmg aku x arif sangat pasal blog.cuma aku rasa bog is more privacy and mndatangkan kepuasan untuk aku menulis, meluah rasa dan berkarya.so thanks skali lagi sudi jengah blog aku yg x sberapa.kalian aku alu2kan untuk jd follower aku dan berkongsi apa2 kat sini....insyaAllah,aku akan mula aktif update blog aku ni.thanks again and Assalamualaikum.
19 Ogos 2010
05 Ogos 2010
kepala yang berputar
peninggggggg...minggu depan dah nak start pose.aku plan nak balik minggu ni.2 hari lepas aku call umi aku,dia demam..mungkin rindukan aku kot....tu yang aku plan nak balik mendadak.....tp last minute,aku terpaksa postpone plan aku tu kepada minggu depan.sebab?aku dapat 4 assignment yang due datenya ahad,isnin dan selasa minggu depan.arhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!tencen tolllllllllllllllllllllllll
;;;salahkah aku untuk admire seseorang?salah tu tak tapi cermin dulu muka dowh.hahahahahahahahah =)
;;;salahkah aku untuk admire seseorang?salah tu tak tapi cermin dulu muka dowh.hahahahahahahahah =)
24 Julai 2010
Bahagiakah aku? ep 1
Mikhail merenung lama telefon bimbit di tangannya.Hatinya sukar mempercayai nombor itu kembali lagi.'maya,'nama itu seakan menujah kepalanya.Mindanya berputar-putar,seakan cuba menyaingi putaran kipas siling rumah datuknya.Ingatannya di bius untuk membedah kembali perbualan selama dua minit bersama Maya.
"Assalamualikum,"ulah suara yang bergaung dalam corong telefonnya masih sama.
"Wa..Wa'alaikummusalam,"terketar kerongkongnya.
"Mick,aku nak tanya kau ni,pasal majlis reunion sekolah kita.Macam mana?"
"Ntah."
"Apa la kau ni.Ok la,chow Assalamualikum,"
Beep.Talian yang dia putuskan seakan kembali memberi nafas buat dirinya.Entah kenapa bibirnya yang selama ini amat gemar mengusik gadis itu beku,di bius gemuruh yang telah lama menyepi.
Arghhhhh!Mikhail bungkam.Tenggelam dalam kewarasan dirinya sendiri,hilang dan hilang....

apa sebenarnya erti kenangan?

terkedu seketika aku saat mengutarakan tajuk ini. ayat yang agak klise namun aku sendiri merasakan aku mempunyai pengertian tersendiri terhadap apa yang bakal aku bicarakan di bawah naungan tajuk ini.kenangan,aku melepaskan nafas panjang untuk mengimbau kembali lipatan kenangan silam yang pernah aku lalui sepanjan jejak perjalanan kehidupan aku sendiri.kadangnya kenangan itu muncul untuk membawa erti bahagianya kehidupan.kala lainnya kenangan itu hanya muncul untuk menyakitkan hati.pahit manis yang di solek pada wajah sebuah kenangan itu meyakinkan kita ianya wujud masih lagi bertitar di arena kehidupan kini hatta kenangan itu berabad lamanya terkubur.itulah kenangan.wujudnya kenangan membolehkan kita mempelajari sesuatu.mungkin satu ketika dulunya kita terlepas peluang itu,kali ini mungkin kita berupaya untuk mengubah kembali ukiran untuk memaujudkan sebuah lembaran hikayat baru yang bisa menjadi makna sebenar sebuah kenangan
SAYAP ILUSI
semakin jauh aku renungi diri
semakin dekat kekasih di hati
biar mentari akulah sinarnya
biar lautan akulah airnya
kalaulah ada selain darimu
biarku hancur dan menjadi debu
bila hadir cinta yang satu
tidakku peduli sejuta seteru
menghukum aku dengan dusta
neraca dunia hakimnya
kerana cinta
biarku di anggap gilaaaaa
terbang dengan sayap ilusi
bertutur dalam bahasa hati
bila hadir cinta satu
jangan di tanya siapa dia
tanya dia siapa kita dan kemana kita akhirnyaaaa
lagu yang santai dan romantik..
sayap ilusi oleh awie.

23 Julai 2010
BILA???
Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat semua..
Menanti Di Barzakh
Ku merintih aku menangis
Ku meratap aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali hidup di dunia nyata
Perjalanan kita melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
Menanti di barzakh sebelum melangkah ke mahsyar
serangkap titisan bahasa di atas cukup memberi makna buatku. secara zahir mahupun batinnya ia mengandungi erti yang cukup mendalam. pertama kali aku mendengar rangkap nasyid ini sewaktu aku masih bergelar pelajar sebuah sekolah menengah melengkapkan alam persekolahanku.pada malam perkhemahan bersama persatuan bekas pelajar,majlis perwakilan pelajar pra u iaitu pihak aku menyajikan sebuah pentomin kematian yang cukup memberi keinsafan apatah lagi kepada kami yang terlibat secara langsung bermula dari perancangan jalan cerita sehinggalah berlabuhnya tirai program itu.hidup yang melenakan kita ini rupanya hanya bersifat sementara yang kalanya kita di lalaikan sedikit kompas perjalanan kehidupan yang telah termaktub di sana oleh syaitan dan hawa nafsu kita sendiri. sesungguhnya aku sendiri masih jahil dalam kerohanian apatah lagi mahu mengutarakan pandangan. yang aku tahu,maut itu semakin menghampiri aku dan kalian.tunggu dan buat persiapan sahaja untuk menyambut ke datangan malaikatul maut!moga kita tidak terpesong dan terus berada di jalan yang di redhai olehNya,InsyaALLAH. hidup ertinya perjalanan dan sebagaiman perjalanan itu mempunyai permulaan begitulah kehidupan ini mempunyai pengakhiran.yang tersembunyinya adalah BILA??????

Langgan:
Catatan (Atom)