Powered By Blogger

24 Julai 2010

Bahagiakah aku? ep 1

Mikhail merenung lama telefon bimbit di tangannya.Hatinya sukar mempercayai nombor itu kembali lagi.'maya,'nama itu seakan menujah kepalanya.Mindanya berputar-putar,seakan cuba menyaingi putaran kipas siling rumah datuknya.Ingatannya di bius untuk membedah kembali perbualan selama dua minit bersama Maya.

"Assalamualikum,"ulah suara yang bergaung dalam corong telefonnya masih sama.
"Wa..Wa'alaikummusalam,"terketar kerongkongnya.
"Mick,aku nak tanya kau ni,pasal majlis reunion sekolah kita.Macam mana?"
"Ntah."
"Apa la kau ni.Ok la,chow Assalamualikum,"

Beep.Talian yang dia putuskan seakan kembali memberi nafas buat dirinya.Entah kenapa bibirnya yang selama ini amat gemar mengusik gadis itu beku,di bius gemuruh yang telah lama menyepi.
Arghhhhh!Mikhail bungkam.Tenggelam dalam kewarasan dirinya sendiri,hilang dan hilang....

1 ulasan: