Powered By Blogger

04 April 2011

lihat biar dalam....

maujudnya dua ceritera.antara gembira dan sedikit kecewa. mahu atau tidak, hidup perlu diteruskan jua..bahagia bersama layangan puteri, sendu di hati lewat bergraduasi...huuhuhuhu

26 November 2010

apa yang aku rasa...

hari yg bermula dgn indah x semestinya berakhir dgn indah.. just 47 minit lg untuk hari berganti hari baru hati aku terasa sakit..hahahaha...sng kn..tp normal la..aku dh biasa...xde mood lg nk menulis.

kau ilhamku....

beribu bintang di langit kini menghilang....

tetibe aku rasa senang je dengar lagu ni. rasa macam lapang je hati. rasa macam apa yang dah berlalu tu kembal berulang. so sweet.kenangan memang indah. kita takkan tahu erti sesuatu peristiwa tu sehinggalah ianya dah berlalu.bila dah berlalu barulah kita tau ianya cukup bermakna dalam diari kehidupan kita hatta sepahit mana pun peristiwa tu. hari ini ak cukup merasakan kelainan. perasaan yang aku dah lama x rasa. mungkin terlalu lama sehingga aku rasa macam semuanya aneh.kita tak dapat bersama namun kita juga manusia,masing-masing punya rasa cinta.aku jua begit,bedanya ia telah berlalu. sehingga saat ini hanya seorang dalam hati ini. even dia telah pergi tp aku seolah-olah dapat rasakan kewujudannya di sisi aku setiap hari.seperti terdengar bisikan selamat paginya setiap hari. seperti terngiang di telinga ungkapan selamat malamnya. seperti kelihatan dia berbicara dengan aku saban hari. suaranya,senyumnya,tangisnya dan gurauannya seolah masih hidup mengiringi diari kehidupan aku. sehingga ke saat ini,cinta aku masih buat dirinya. doaku semoga dia sentiasa berbahagia...ya,senyummu adalah tangisku..

apa yang aku rasa...

Alhamdullilah, hari ini hari yang bagus untuk aku. berjaya create group dan kumpul sahabat yg pernah jatuh bangun bersam dalam mencari erti kejayaan walaupun sehingga ini baru sebahagaian yg berjaya di kumpulkan. InsyaAllah, kenangan dan silaturrahim antara kita x akan putus selagi hayat bernafas....

apa yang aku rasa...

Entah kenapa malam ini aku rasa terpanggil untuk menulis. Menulis sesuatu yang aku rasa amat susah untuk aku huraikan. Aku tahu setiap manusia yang bergelar adam pasti pernah merasa perasaan sebegini. Perasaan yang teramat sukar untuk di terjemahkan hatta menggunakan beribu patah perkataan. Perasaan yang di katakan cukup misteri. Perasaan yang boleh memaujudkan karya. Mendorong insan untuk menulis berkenaannya meski beribu-ribu muka surat. Perasaan yang menjadi karya-karya filem terkenal. Perasaan yang mendamaikan dua negara yang berperang dan sebaliknya. Perasaan yang boleh memadam dan menimbulkan kebencian dan kesumat. Cinta . Berpuluh bahkan berjuta karya seni dan realiti yang menjadikannya sebagai asas. Tapi apa makna di sebaliknya. Ya, cinta ada kalanya terlalu indah, adakalanya terlalu pahit. Tak semua insan bertuah memiliki cinta. Puas kita mencari, puas kita merindu, puas kita meneroka, rupanya cinta di depan mata. Kita jauh mengejar cinta tapi ianya di belakang kita sendiri. Tersirap darah dari muka tatkala mendengar cinta kita merana. Setengah mati kita berkorban untuk cinta tapi jangan terlalu mengharap cinta akan berkorban untuk kita. Keunggulan cinta tak semestinya boleh di nilai dari indah nya sebuah perhubungan bahkan cinta boleh dirasai hanya dengan bahagianya segaris senyuman. Itulah cinta. Penangan yang cukup hebat. Tidak terlalu melampau jika ada insan yang akhirnya tersungkur dan hanya mampu mengheret tin kosong di jalanan. Sengsaranya cinta jika hanya mampu di pendam, sengsara lagi jika di luahkan tapi sekadar senyuman sinis atau ketawa yang menjadi balasan. Itulah pengertian sebuah hakikat,mencintai tidak semestinya memiliki kerana rindu itu anugerah tapi cinta itu pengorbanan. Cinta boleh hadir dan ianya juga boleh pergi tapi rindu, ia boleh hadir tapi ia tidak boleh di usir pergi. Menarik kiranya aku berkongsi sebuah kisah. Tapi kisah ini aku sendiri tidak tahu wujud atau sekadar suara halus yang bertutur dalam bahasa hatiku. Lebih manis kira ku mulakan kisah ini dengan satu ayat, mungkin agak biasa dan tidak membawa pengertian apa-apa. Ya, biasa bagi yang tidak biasa tapi luarbiasa bagi yang biasa. Penilaiannya terletak kepada hati. Seorang jejaka dan seorang gadis yang langsung tidak pernah bertemu apatah lagi untuk berbicara bertemu di sebuah sekolah semasa meneroka lembah ilmu. Pertukaran senyuman yang membawa kepada perkenalan. Masing-masing tidak menyatakan perasaan hati. Apakah aku kekasih di hatimu? Apakah kamu teman dalam diari kehidupanku? Soalan- soalan itu seolahnya wujud di alam yang berbeda dari cara mereka. Tanpa cinta mereka boleh berbual berjam-jam di telefon. Saling berbalas sms. Saling mengambil berat. Si gadis tanpa rasa bersalah sanggup menghubungi si jejaka yang hanyut di buai mimpi semata-mata untuk menyatakan ketibaannya di kampus universiti. Anehnya, si jejaka tanpa rasa di ganggu meluangkan masa melayan kerenah si gadis meski gadis itu pernah menyatakan sebaris ayat, “jangan terlalu percayakan saya,”. Masa berganti waktu dan bulan menjemput tahun. Mereka masih begitu. Setahun berlalu mereka masih tidak mempunyai teman yang lebih istimewa. Seolah ada perasaan lain yang menghalang mereka tapi mereka mungkin tidak merasainya tapi mungkin mereka tidak mengetahui ada yang dapat merasai akrabnya perhubungan mereka. Perhubungan tanpa cinta. Benarkah begitu? Mungkin mereka takut untuk cuba merealisasikan imaginasi mereka,mungkin juga mereka takut implikasinya tidak sehebat fantasi. Telahan,anggapan dan pendapat hatta dari seorang professor sekalipun belum tentu mampu untuk menghuraikan unik hubungan mereka. Ya, itulah cinta. Hadirnya kadangkala tidak mampu kita rasakan. Kadangkala mampu kita rasakan tapi ego yang mencipta jurangnya. Jauh berbicara, jauh bertutur kata,jauh menulis bait rasa, selebihnya hanyalah puji-pujian pada-Nya.