26 November 2010

apa yang aku rasa...

Entah kenapa malam ini aku rasa terpanggil untuk menulis. Menulis sesuatu yang aku rasa amat susah untuk aku huraikan. Aku tahu setiap manusia yang bergelar adam pasti pernah merasa perasaan sebegini. Perasaan yang teramat sukar untuk di terjemahkan hatta menggunakan beribu patah perkataan. Perasaan yang di katakan cukup misteri. Perasaan yang boleh memaujudkan karya. Mendorong insan untuk menulis berkenaannya meski beribu-ribu muka surat. Perasaan yang menjadi karya-karya filem terkenal. Perasaan yang mendamaikan dua negara yang berperang dan sebaliknya. Perasaan yang boleh memadam dan menimbulkan kebencian dan kesumat. Cinta . Berpuluh bahkan berjuta karya seni dan realiti yang menjadikannya sebagai asas. Tapi apa makna di sebaliknya. Ya, cinta ada kalanya terlalu indah, adakalanya terlalu pahit. Tak semua insan bertuah memiliki cinta. Puas kita mencari, puas kita merindu, puas kita meneroka, rupanya cinta di depan mata. Kita jauh mengejar cinta tapi ianya di belakang kita sendiri. Tersirap darah dari muka tatkala mendengar cinta kita merana. Setengah mati kita berkorban untuk cinta tapi jangan terlalu mengharap cinta akan berkorban untuk kita. Keunggulan cinta tak semestinya boleh di nilai dari indah nya sebuah perhubungan bahkan cinta boleh dirasai hanya dengan bahagianya segaris senyuman. Itulah cinta. Penangan yang cukup hebat. Tidak terlalu melampau jika ada insan yang akhirnya tersungkur dan hanya mampu mengheret tin kosong di jalanan. Sengsaranya cinta jika hanya mampu di pendam, sengsara lagi jika di luahkan tapi sekadar senyuman sinis atau ketawa yang menjadi balasan. Itulah pengertian sebuah hakikat,mencintai tidak semestinya memiliki kerana rindu itu anugerah tapi cinta itu pengorbanan. Cinta boleh hadir dan ianya juga boleh pergi tapi rindu, ia boleh hadir tapi ia tidak boleh di usir pergi. Menarik kiranya aku berkongsi sebuah kisah. Tapi kisah ini aku sendiri tidak tahu wujud atau sekadar suara halus yang bertutur dalam bahasa hatiku. Lebih manis kira ku mulakan kisah ini dengan satu ayat, mungkin agak biasa dan tidak membawa pengertian apa-apa. Ya, biasa bagi yang tidak biasa tapi luarbiasa bagi yang biasa. Penilaiannya terletak kepada hati. Seorang jejaka dan seorang gadis yang langsung tidak pernah bertemu apatah lagi untuk berbicara bertemu di sebuah sekolah semasa meneroka lembah ilmu. Pertukaran senyuman yang membawa kepada perkenalan. Masing-masing tidak menyatakan perasaan hati. Apakah aku kekasih di hatimu? Apakah kamu teman dalam diari kehidupanku? Soalan- soalan itu seolahnya wujud di alam yang berbeda dari cara mereka. Tanpa cinta mereka boleh berbual berjam-jam di telefon. Saling berbalas sms. Saling mengambil berat. Si gadis tanpa rasa bersalah sanggup menghubungi si jejaka yang hanyut di buai mimpi semata-mata untuk menyatakan ketibaannya di kampus universiti. Anehnya, si jejaka tanpa rasa di ganggu meluangkan masa melayan kerenah si gadis meski gadis itu pernah menyatakan sebaris ayat, “jangan terlalu percayakan saya,”. Masa berganti waktu dan bulan menjemput tahun. Mereka masih begitu. Setahun berlalu mereka masih tidak mempunyai teman yang lebih istimewa. Seolah ada perasaan lain yang menghalang mereka tapi mereka mungkin tidak merasainya tapi mungkin mereka tidak mengetahui ada yang dapat merasai akrabnya perhubungan mereka. Perhubungan tanpa cinta. Benarkah begitu? Mungkin mereka takut untuk cuba merealisasikan imaginasi mereka,mungkin juga mereka takut implikasinya tidak sehebat fantasi. Telahan,anggapan dan pendapat hatta dari seorang professor sekalipun belum tentu mampu untuk menghuraikan unik hubungan mereka. Ya, itulah cinta. Hadirnya kadangkala tidak mampu kita rasakan. Kadangkala mampu kita rasakan tapi ego yang mencipta jurangnya. Jauh berbicara, jauh bertutur kata,jauh menulis bait rasa, selebihnya hanyalah puji-pujian pada-Nya.

2 ulasan: