Powered By Blogger

23 Julai 2010

BILA???

Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat semua..

Menanti Di Barzakh

Ku merintih aku menangis
Ku meratap aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali hidup di dunia nyata
Perjalanan kita melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
Menanti di barzakh sebelum melangkah ke mahsyar

serangkap titisan bahasa di atas cukup memberi makna buatku. secara zahir mahupun batinnya ia mengandungi erti yang cukup mendalam. pertama kali aku mendengar rangkap nasyid ini sewaktu aku masih bergelar pelajar sebuah sekolah menengah melengkapkan alam persekolahanku.pada malam perkhemahan bersama persatuan bekas pelajar,majlis perwakilan pelajar pra u iaitu pihak aku menyajikan sebuah pentomin kematian yang cukup memberi keinsafan apatah lagi kepada kami yang terlibat secara langsung bermula dari perancangan jalan cerita sehinggalah berlabuhnya tirai program itu.hidup yang melenakan kita ini rupanya hanya bersifat sementara yang kalanya kita di lalaikan sedikit kompas perjalanan kehidupan yang telah termaktub di sana oleh syaitan dan hawa nafsu kita sendiri. sesungguhnya aku sendiri masih jahil dalam kerohanian apatah lagi mahu mengutarakan pandangan. yang aku tahu,maut itu semakin menghampiri aku dan kalian.tunggu dan buat persiapan sahaja untuk menyambut ke datangan malaikatul maut!moga kita tidak terpesong dan terus berada di jalan yang di redhai olehNya,InsyaALLAH. hidup ertinya perjalanan dan sebagaiman perjalanan itu mempunyai permulaan begitulah kehidupan ini mempunyai pengakhiran.yang tersembunyinya adalah BILA??????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan